Saturday, 23 July 2016

Assalamualaikum geng!Hahaha.Alhamdulillah aku dah selamat sampai di rumah walaupun macam mcam benda jadi sepanjang on the way ke Johor dari Bintulu ke KLIA.Tapi bagi aku memang great memory la sebab semuanya aku alami dengan kawan kawan.Heeee..

Bermula malam nak balik tu,aku dengan roommate a.k.a Cik Imanino sibuk packing barang dalam luggage sambil bukak lagu raya kat lappy.Meriah siot.Yang aku si gatal kaki ni pulak,macam biasalaa,berulang alik gi bilik ifah la,gi bilik Naa pastu gi bilik Ummi.Hahaha.Boring la melekat je kemas barang.At least kalau aku gi bilik orang,dapat makan pwee.Kehkeh.



Masa tu rasa tak sabar nak balik but ada la jugak rasa sedih.Pasni dah takleh buka sama sama,lepak bilik TV sama sama.Buat benda bodo sama sama.Haha.Takpe Pika,3 bulan je.
So keesokannya tu sambung balik kemas lagi sikit bilik kasi clear.Flight aku dengan Iman malam pukul 7.45.Dikpi and Pyza pada hari yang sama but dorang naik MAS flight tengah hari.So tengah hari tu depa balik dulu.Huuu.Ifah pun balik sekali flight dengan aku.Memang dah janji nak turun sekali laa.

Maka tibalah masa untuk kitorang turun sebab siapa yang balik pada tarikh aku balik ni,UPM sediakan bas.Tapi tulah,aku telah memberikan kesusahan kepada orang orang lain yang sekali flight dengan aku.Wakakakaka…Kenapa?Sebab masa book,aku check in luggage 20 kg.Bwah!Pika kau nak pindah terus uni tak balik balik ke apa?Haha.Ngekla aku ni.

Nak dijadikan cerita,disebabkan tindakan aku tu,aku terpaksa bawak balik 2 luggage,satu besar yang aku nak bubuh dalam kargo,and satu kecik yang aku bawak sekali masuk plane.Tapi yang besar tulah payah,bapak berat aku kata kat kau.Tapi aku isi baju je kot,baju baju yang aku tak pakai,nak bawak balik rumah.Hahaha.Macam buh batu bata je beratnya.

Yang flight dengan aku haritu kalau batch aku are Ifah,Imanino,Kayathri,Cheong,Lai,Daus and Nik.Batch senior pulak si Kucai,Haziq,Kak Ayn,Kak Akmal,Leslie,Anipp and Kak Mira.
Masa nak turun tu memang sumpah seranah la si Iman dengan Kaya nak tolong tarik luggage aku sebab berat nak mampos.Hahaha.Kekekek.Tapi sumpah aku terharu dengan korang sebab tolong.Nanti balik Bintulu aku lanje Mee Kolok tau.

And then sampai airport,aku pun nak pergi check in baggage.Guess what?Beg aku lebih 20 kg siot.22 kg something.Adoi.Dahlaa kat tangan ada 50 hengget je.

“So miss,are you going to pay or just reduce the stuffs in there?”

Hmm… “Guess I’ll pay.”

“Ya sure.The payment should be up to 100 MYR ya know?”

Rasanya penjaga kaunter ni tau aku student (berdasarkan height aku yg Nampak sangat bawah 150) and tak mampu afford sebanyak tu.

“Ohh really?Then I kurangkan baranglaa.Hehe”

Aku pun dengan penuh usaha Tarik beg ke tepi kaunter sambil berhati hati bukak luggage.Iyala,,banyak barang yang perlu dicensor kat dalam tu.Maka aku keluarkan satu satu,barang tu nanti nak pindah ke beg satu lagi.Aku terpaksa gak letak pencil case,kek lapis dengan novel Looking for Alaska dalam satu plastic.Hand carry.Lepastu pergi timbang balik,tengok dah tinggal 18 kg je,Alhamdulillah.Lega.

Nik pulak belanja buka masa kat airport.Masa tu duduk sebaris dari kiri,Ifah,Haziq,Kucai,Daus,aku,Iman dengan Nik,dah macam orang gelandangan,buka sesame.Yelah,boarding time dalam pukul 7 lebih maka terpaksa la buka camtu.Kucai baca doa (sebab dia budak surau),kitorang aminkan.Oh ya lupa pulak.Kudos to Daus too sebab tolong bawakkan novel aku.Haha.


“First time rasa ceni,”Kata Daus.

“Haa,maksud kau?”

“Buka puasa ceni.” I see.

Kitorang buka ringan je,takat minum air,kurma dengan keropok.Nak makan berat pun dah nak waktu boarding.Except Kucai,sempat pulak dia buat maggi cup.Hahaha.Habis makan je,aku dengan Iman terkedek kedek pergi dekat kaya,cheong and Lai.

Nak dipendekkan cerita,masa boarding time,aku punye kelam kabut nak potong line sekumpulan bangla(mungkin bukan bangla tapi Nampak macam bangla) sebab nak cepat cepat naik flight.Aku punya kelam kabut sampai terlepas pandang ada barang yang aku tertinggal.Lupa nak amik.Huwaa…Kesinambungan ceritanya….

Masa dalam flight,aku tersengih je sebab tak sabar nak balik…Sengih punya sengih,tiba tiba otak teringat.Rasa macam ada something tak kena…Apa ek?Hmm….JengJengJeng.Rupanya aku tertinggal plastik yang berisi kek,novel and pencil case tu.Mula mula aku takat monyok je sebab tak dapat nak merasa kek tu.But then monyok aku double sebab baru aku teringat,time exam,aku buh IC dalam pencil case.Oh,shit’s become real.Tuhan je tahu berapa kali aku mencarut dalam hati time tu.Nak nangis air mata darah sekalipun,nasi dah jadi bubur…Bubur pun dah kering bak kata Dr.Yiu Pang.

Memang sepanjang 2 jam dalam kapal terbang tu aku mengantuk tapi lansung tak boleh tidur sebab dok pikirkan nasib IC aku tu…..What if kena curik bangla yang aku dengki sangat tu?......What if any pengebom or terrorist copet?.....Macam macam aku pikir.Ahh stress ar.

Nasib masa sampai KL tu maa ayah tak marah,Cuma ajak gi report jela.At least kalau ada orang guna IC aku buat dajal,authorities tau itu bukan aku.Hahaha.So then aku pun dijemput family pulang.Sampai rumah aku pun enjiy life macam tak ada apa jadi.

Rutin harian,duduk rumah sesorang sebab maa ayah gi kerja,asan ucin ain gi sekolah.Masa tengah lepak lepak tengok tv tu dapat call pulak.It was Bintulu airport!Dorang kata ada achik cleaner tolong simpankan IC.Aku bersyukur gila.Thought that as a payback.Kenapa?Nanti aku cerita kat episode yang akan dating.Jangan lupa datang blogwalking ke bloh hakuu.Byeeeee!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...