Saturday, 5 December 2015

Kisah Cinta Si Musang Pendek.(Part 1)

ROTFL.Okay,jujur cakap,this is the funniest tajuk I've ever written.Kekekkeke. *Guling guling atas katil* Anyway,tetiba rasa nak menulis setelah sekian lama tak tulis.Bukak bukak dashboard,benda ni je hok terlintas kat kepala.Dengan bilik sunyi,si Pyza dok buat taik mata lagi kat katil sana,Katil Aten krik krik sebab pukul 5 pagi tadi dia dah bergerak ke Sabah untuk Jesselton Debate Open,ditambah dengan cuaca hujan kat luar,memang sesuai lah kalau aku nak tulis tajuk ni.And eversince blog ni pun tak se-open blog lama aku,takpelah kut kalau aku nak story sekalipun.Hee.



Okay,kisah dia macam ni.Eversince aku ni takdelah cantik and just biasa biasa macam budak budak lain (except that I've Siamese blood in me),aku ni masa zaman sekolah tak pernah pun lah terlibat dengan hal cintan cintun ni.Cuma masa form 3,aku adelah berkawan dengan orang tu orang ni,cinta monyet kan?So semuanya tak menjadi.Hahahaha.Aku start kapel lepas SPM,tapi bila aku masuk matrik,mamat tu tinggalkan aku dengan awek kolej dia TT.Aku malas nak cerita perihal kapel ni sebab aku tak berapa suka pun kapel mapel tapel waffle trang tang tang and eventho aku sendiri pernah kapel,and pendek cerita,sekali lepas SPM,dua kali masa kat matrik.Yang lain semua tak serius so aku consider berkawan je.


And sampai sekaranglah aku single.Sebab aku rasa kapel tu sendiri adalah satu benda yang merepek.And masa tu aku berpegang teguh kepada falsafah 'Boys're stupid,throw rocks at them.'Maybe sebab depan mata aku sendiri,aku nampak lelaki tu jahat...sampai aku jadi takut nak kahwin.And somehow,ade pulak sorang kawan laki aku ni boleh detect,"Kau ni mesti ada sejarah dengan laki kan?Sebab tu kau behave macam ni."Huh???Okay,technically dia hebat,sebab boleh tau,but rahsia family aku cuma Allah and beberapa kawan yang aku betul betul percaya je pegang.

And sejak tu hingga sekarang,lelaki yang aku manja,rely on,and nakal with are 3 orang adik lelaki aku yang masing masing pada tahun 2015 ni berusia 18 tahun(Dinie),dan si kembar yang baru habis pt3(Asan dan Usin).Aku sayang dorang ni lebih dari aku sayang ayah aku sendiri.Hahaha.

So anyway,moh le kita terus ke topik utama kita.Aku nak tekankan lebih kepada 'crush' sebenarnya.HikHik.


Crush Zaman Sekolah Menengah

Yang ni aku panggil dia Capital S.Hahaha.And yang lawaknya,sampai sekarang,takde sorang pun member zaman sekolah aku yang tau aku minat kat dia kecuali Allah,Dinie and sorang kawan baik aku nama Ili.Sekarang Ili dah kat korea,kalau korang nak tau kisah dia,boleh pergi ke http://ili-96.blogspot.my/.So anyway,aku start suke dia masa form 2.Kitorang sekelasHahaha.Tapi masa tu aku tak boleh nak reveal perasaan aku ni sebab dia pun ade minat kat sorang lagi classmate aku ni.Aku panggil dia snowwhite sebab dia putih and cantik macam snowwhite.

Kenapa aku minat capital S?Dia hensem?Tak...lansung tak.Jujur cakap,aku ni bukan spesies perempuan merenyan yang minat kat set set sado and ada rupa je.Aku bukan macam tu.Masa tu aku dapat tau dia minat Snowwhite dari darjah dua,walaupun snowwhite tak balas cinta dia,dia masih suka Snowwhite.Aku jadi kagum.Bapak setia mamat ni.Tapi dari kagum,lama lama jadi suka.Entah kenapa.Ditambah pulak dia suka budak budak.

So kitorang pun berkawan jelah macam biasa.Kadang kadang perit jugaklah sebab bertepuk sebelah tangan.LoL.And lagi perit sebab aku rapat jugak dengan snowwhite.Dia rajin bercerita tentang this and that.

Nak dijadikan cerita,masa form 4,right after dapat result,si Snowwhite ni dapat tau yang dia dapat tawaran ke Seseri kat KL.Maka dia akan berpindah sekolah lah.Sejak Snowwhite and 20 classmates aku yang lain pindah ke SBP and MRSM,yang tinggal kat kelas cuma 26 orang termasuklah aku dengan capital S.Dan sejak tu dia banyak tegur aku,maybe sebab skop jumlah kelas tu sendiri makin sikit,jadi masing masing rapat antara satu sama lain.Boleh dikatakan masa tu aku bahagialah jugak.Bhahaha.

Masa tu,budak kelas Bestari ni nama dia Zaty(Nama kelas aku Karisma,kelas no 1,Bestari kelas no 2),minat kat budak kelas aku,si Najmi.Lepas sebulan lebih,dia dapat tau Najmi nak pindah Sekolah sains BP as second intake student.And petang tu aku,Zaty and Ili lepak sesama kat library.Zaty start cerita pasal najmi and tunjuk kat kitorang dm depa dua kat Twitter.
"Aku dah confess,"Kata Zaty.Aku dengan Ili rahang jatuh bawah.Seriously??
"Kau betul betul Ty?'Aku kerut kening.
"Betul,serious tak tipu."Zati sengih."Aku bagitau dia petang semalam.Nak tau tak dia punya respon apa and apa dia cakap?"
"Of course nak!"
"Dia terkejut."Zaty pandang bawah,tenung kasut sekolah Converse dia.Tersipu sipu malu sebelum dia mengangkat semula muka memandang kitorang.
"Dia kata selama ni pun dia suka aku."

Balik rumah,aku terasa kagum dengan Zaty.Aku macam,wow!Beraninya dia.Maybe aku patut buat benda sama...tapi bila?Hmm..

Hari isnin tu,aku duduk mencari Capital S,tapi aku lansung tak nampak dia sepanjang perhimpunan.Yelah,capital S kan pengawas.Tapi hari tu aku lansung tak nampak dia macam selalu.Mana pergi dia?Persoalan aku akhirnya terjawab masa kelas biologi.Cikgu Salasiah mengajar macam biasa.Tiba tiba...

"Mana ***** ?"
"Dah pindah cikgu."
"Ohh ye,saya lupa.MRSM kan?"
"Ye cikgu,second intake."

Bapak ah.Masa tu Allah je tahu betapa terkejut natang beruknya aku.Sampai menggigil kaki.hahahaha.Macam lawak kan?Tapi ni betul okay.Sampai lah au balik rumah,aku masuk bilik,kunci pintu and nangis.Hmm...Sedih,tak sempat nak confess,dia dah blah dulu.Hahaha.Memang nasib aku kot.Sebab tu aku kata,perit cinta bertepuk sebelah tangan.Hahaha.

So takat tu je aku nak cerita pasal crush aku zaman sekolah.Akan bersambung di post akan datang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...