Sunday, 11 October 2015

Misteri bau asap.

Assalamualaikum,selamat pagi to my dearest readers.Nak tau tak?Semalam ada kejadian aneh berlaku kat bilik aku.Apakah itu?Okay macam ni.....Jeng Jeng Jeng!

                                   


Malam tu roommate aku,Aten(aku ada dua roommate,Aten dan Pyza),duk giat bercerita mengenai hantu,pasal orang yang hijab dia boleh dibuka and all.And masa tu aku terfikir,'Takpe ke Aten ni,kang kena kacau memalam payah.'

So then,dia terus cerita and malam semakin larut.Malam tu Pyza keluar gi McD where aku dah ordered spicy Mc Deluxe set from her,gara gara lapar punya pasal.That night,she went back to Yu Pi Yem early.So lepas je makan,maybe sebab sebelum tu perut aku memang dah kosong dan berisi dengan macam macam gas adi,hahaha,lepas je aku isi perut,segala yang aku isi tu aku muntahkan balik kat tandas.Risau dengan keadaan aku,Kak Ifah,Pyza and Wawa tolong aku gi bilik,bagi ubat and suruh aku tidur.Aku agak terharu time ni.Hahaha.



Dah dorang suruh rehat and tidur,aku pun gi jelah masuk lena.And masa tu seronok jugaklah diulit mimpi,tetiba aku rasa ada orang goncang bahu aku.Aku bukak perlahan mata aku.Mamai.

"Kenapa ni?"
Aku bingung.Kak Ifah dengan Aten ada kat depan aku.
"Pika bangun,kau tak bau ke?"Kak Ifah soal aku.Haa?Aku pelik.
"Bau apa Fah?"
"Asap,kitorang dah penat cari punca asap tu tapi tak jumpa.Kuat pulak tu.Jomlah tidur bilik kitorang,karang terbakar ke apa susah."

Aku ikut je.Masuk bilik kak Ifah,bacaan surah dimainkan kuat.Suasana pun scary.Tapi aku malas nak tanya banyak.Sebab mata aku masih mengantuk and pedih perut aku masih terasa.Aku terus masuk tidur.

Pagi ni aku bangun dan masuk bilik aku,bau asap tu masih tak hilang.Hmm pelik.Eii aku tak suka bau dia yang menyengat.Nyah kau dari sini!Hahahaha.Okaylah sampai tu je kot cerita aku harini.Pukul 11 ni aku ada kelas.Jumpa lagi lain hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...