Friday, 16 October 2015

Rindu

Rindu.Apa itu rindu???Rindu itu suatu rasa yang hadir apabila kita teringatkan sesuatu atau seseorang.


Sebab sekarang ni aku overwhelmed by perasaan rindu.Rindu rumah,rindu family,rindu kawan kawan kat semenanjung,rindu Misu(kucing aku),rindu everything!

And paling penting,rindu Kolej Matrikulasi Selangor A.K.A SeMac A.K.A KMS.Sangatlah rindu,sampai satu tahap aku dengar the songs that I played the most during my matriculation programme,they bring back thousands of memories I'll never be forgetting.Damn.

Sepanjang kat matrik ni,kita ada dua sem je.And program ni tak sampai setahun pun.Kira fast track lah.Tengok,umur 19 aku dah sambung degree.Hahaha.Tapi belajar dia memang gila aku cakap kat kau,so takde istilah study last minute kat matrik.Dah lah subjek semua killer.Aku dulu modul 1.Kalau modul 1,kau kena ambil Physics,Chem,Biology,Maths.Kalau modul dua pulak kena ambil Physics,Chem,Maths,Science computer,manakala modul 3 ambil Biology,Chem,Maths dan Science Computer.




Ni pemandangan dari bilik aku.Aku duduk blok Mira.Semua sekali,blok perempuan ada tiga dan berbentuk U.Satu aras ada 40 bilik.Aku duduk bilik hujung which is T2.40.Antara blok perempuan ialah Mira,Vega dan Polaris.Kalau budak laki laki ada dua blok je which are Capella dan Canopus.Selalunya budak budak hot duduk Capella.Hahahaha.Kafe pun ada tiga.Dua cafe ialah cafe perempuan,Cafe Carina dan Cafe Lyra.Cafe Orion ialah kafe lelaki.

Ada satu koperasi yang mana nama dia Aquila.Koperasi ni sangat besarlah jugak,malah lagi besar dari kiosk UPM Bintulu,tempat aku belajar sekarang.Dalam koperasi ada memuatkan dua buah kedai,tempat barang runcit dan alat tulis.Kat bahagian belakang pulak ada pejabat HEP.





Ni pulak bilik.Mostly kat dalam gambar tu aku tunjuk tu adalah part katil and tempat aku belajar.Well,basically bilik kat matrik ni muat untuk empat orang.And jangan risau,bilik matrik sangatlah luas.Ada empat katil,empat locker besar,empat meja belajar,empat rak buku,empat notis board,empat lampu,dua kipas dan cukup selesa untuk empat oranglah as a deduction.

And then aku kenal kawan kawan kelas aku yang sporting gila babeng and macam macam perangailah.And roommate aku pun...Ya Allah aku rindu dorang like hell.

Nama kelas aku ialah SM1K2T5.Hahaha.Semua sekali ada lah dalam 20 orang.20 orang ni ialah Ciken(UiTM Sg.Buloh:Bsc Hons Medical and surgery),Syadan(UMT Bsc Major Kimia),Tiqa(UMT Bsc Major Kimia),Dhalini(lost contact),Biha(Bsc ICT,UMS),Alya(UNIMAS,Bsc ICT),Priya(Bsc Hons Chemical engine,UPM),Prema(Medical,MSU),Nasya(UTM,Bsc Bioindustry),Adila(Medical MSU),Syaheer(UniKL),Ikmal(UNIMAS),Aiman(lost contact),Azroy(UPSI,Phsycology),Yap(UM,law),John(UNIMAS),Sim(UM,Bsc Hons Physics),Teha(UPM,Bsc Hons Biology major),Syarain(Kmpp).

Roommate aku pulak Syuu(KMS PDT sem 3) dan Aida(UiTM,Actuarial SC Bsc Hons).Roommate paling gila gila,paling sweet,paling meahami,paling paling paling lah.Hahahaha.Aku rindu korang sesangat.Tapi masa tu aku memang ramai jugak kawan dari kuliah lain.Best duduk kat matrik ni,kau memang ramai kawan.





That is all for today.We'll continue with my next chapter of life later on.

Sunday, 11 October 2015

First Microbiology lab in UPM.

Assalamualaikum.Harini aku just nak share beberapa gambar masa first lab kat sini eversince lab aku start lambat compared to kawan kawan aku kat Uni lain.Hahahaha.




Misteri bau asap.

Assalamualaikum,selamat pagi to my dearest readers.Nak tau tak?Semalam ada kejadian aneh berlaku kat bilik aku.Apakah itu?Okay macam ni.....Jeng Jeng Jeng!

                                   


Malam tu roommate aku,Aten(aku ada dua roommate,Aten dan Pyza),duk giat bercerita mengenai hantu,pasal orang yang hijab dia boleh dibuka and all.And masa tu aku terfikir,'Takpe ke Aten ni,kang kena kacau memalam payah.'

So then,dia terus cerita and malam semakin larut.Malam tu Pyza keluar gi McD where aku dah ordered spicy Mc Deluxe set from her,gara gara lapar punya pasal.That night,she went back to Yu Pi Yem early.So lepas je makan,maybe sebab sebelum tu perut aku memang dah kosong dan berisi dengan macam macam gas adi,hahaha,lepas je aku isi perut,segala yang aku isi tu aku muntahkan balik kat tandas.Risau dengan keadaan aku,Kak Ifah,Pyza and Wawa tolong aku gi bilik,bagi ubat and suruh aku tidur.Aku agak terharu time ni.Hahaha.



Dah dorang suruh rehat and tidur,aku pun gi jelah masuk lena.And masa tu seronok jugaklah diulit mimpi,tetiba aku rasa ada orang goncang bahu aku.Aku bukak perlahan mata aku.Mamai.

"Kenapa ni?"
Aku bingung.Kak Ifah dengan Aten ada kat depan aku.
"Pika bangun,kau tak bau ke?"Kak Ifah soal aku.Haa?Aku pelik.
"Bau apa Fah?"
"Asap,kitorang dah penat cari punca asap tu tapi tak jumpa.Kuat pulak tu.Jomlah tidur bilik kitorang,karang terbakar ke apa susah."

Aku ikut je.Masuk bilik kak Ifah,bacaan surah dimainkan kuat.Suasana pun scary.Tapi aku malas nak tanya banyak.Sebab mata aku masih mengantuk and pedih perut aku masih terasa.Aku terus masuk tidur.

Pagi ni aku bangun dan masuk bilik aku,bau asap tu masih tak hilang.Hmm pelik.Eii aku tak suka bau dia yang menyengat.Nyah kau dari sini!Hahahaha.Okaylah sampai tu je kot cerita aku harini.Pukul 11 ni aku ada kelas.Jumpa lagi lain hari.

Saturday, 10 October 2015

Pelik itu unik.

Hai.I'm going to share with you guys about my interests which my friends dubbed as freaking bizarre and peculiar.So anyway,bagi aku,being pelik is awesome.Kenapa?Sebab...sebab...dan sebab....Being weird distinguishes you with others.You are being you.And that what makes you unique in your own way.


Mari mulakan dari segi pembacaan.Tak macam typical malay girls,aku tak enjoy mushy mushy longhand love stories.Novelists yang aku tegar baca novel dia are John Green,Nicholas Spark,Jodi Picoult dan Hlovate.Sebab zaman sekarang jalan cerita kebanyakan novel lebih kurang sama je,cliche,corny and extremely boring.Kahwin paksa,anak anak businessman,semua yang boleh dijangka.Ohh c'mon Malay people.Please do some innovations in movie making.

Dari segi music,aku banyak dengar lagu English.Takyah sebut penyanyi kegemaran,dari yang famous ke yang korang memang tak pernah dengar lansung.In fact,aku pun layan jugak kpop,jpop,some indo songs and malay songs(yang merapu aku tak layan).Apa yang aku tau aku sangat gila eletro and indie songs.Favourite DJ aku Martin Garrix of course,lagipun kami sebaya.Hahahaha.Indie band memang banyaklah.Malah band lama macam Switchfoot pun aku layan.

Kalau bab hobi,hmm....aku kuat membaca,kuat travel as in bercuti.Aku palin suka doodling and drawin as they are in my blood and veins.Ayah aku graduate in art.So bab melukis ni,In Shaa Allah,aku tak ada masalah.(Bukan nak riak),and aku layan jugak anime.So nak kategorikan aku as otaku still acceptable lah.kehkeh.

Okay,actually banyak lagi aku nak story tapi aku coret sampai sini dululah noh.Nak gi mandi.Popeye.

Pemilik Baru.

Hai guys and my dear latest blog.I'm your new owner seemingly.Before this,this blog was abandoned by my two mischievous twin brothers.Now let me take over the blog.After all,sekarang Afiqah dah kurang busy sikit compared to masa aku menghabiskan satu tahun kat matrik.Sebab baru je dapat title 'freshie' kat universiti,yedak?

So aku nak brief sikitlah pasal this and that.Pada satu zaman dahulu kala,aku ada blog sendiri.And masa tu aku start blogging waktu angka usia aku satu empat.Start PMR,aku macam slowed down on posting my stories a lil bit,my blog was announced as the nicest and cutest blog in school back then tho.

Yet it was sort of worthwhile lah sebab masa tu(Alhamdulillah),aku telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam PMR.So then,form four aku pun berhuha huha,padahal aliran sains tulen ni sangatlah susah.Hahahaha.So zaman SPM tu aku struggle melampaulah kan?Nak cover balik topik topik form four dulu.(Adik adik jangan buat macam akak tau.)And yeah,SPM days created barriers and gaps for me to write my posts and again,my blog was isolated from my life activities and to-do-lists.

Masa matrik,lagilah,blog aku macam dah tak wujud dah.Sedih tak sedih kan.So now,tetiba ada hati nak tulis blog balik.In Shaa Allah,kalau aku rajin,setiap kali free dari assignment,aku akan menulis.Korang nantikan dari aku ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...