Thursday, 24 December 2015

Raining season in Bintulu.

Assalamualaikum guys.Wink wink. ;)

I just want to share with you guys of how cool and soothing it is here when little less downpour starts.Eversince Bintulu is located on a highly latituded place,we get the experience like smokes getting out of our mouths once we want to speak out something.And yeah,it is damn cool.



After all,it is already christmas eve.I guess it is not that peculiar,well....they used to say that during christmas,the wheather became cold and whatnot.I did not get the idea,but then I just nodded to please them.Islam teaches us to respect others anyway. ;)

Okay that is all for today.See ya later.

Monday, 21 December 2015

Ain My Bucuk.

Assalamualaikum W.B.T ;)


Entah kenapa,sebab rindu mungkin,aku rasa aku nak tulis entri ni.Okay,this time,it is about my mischievious little sister,Siti Nur Ainarifah or whom I always dub as Ain.She's kinda cheeky and sorta reckless,yet as time passes by,my love towards her grows stronger.

Tipulah kalau aku tak pernah iri hati dengan dia.Maybe jarak umur aku dengan dia sendiri 11 tahun,sangat jauh.Ditambah pula aku anak sulong dan dia anak bongsu,maka layanan terhadap kitorang pun berbeza.Walaupun kekadang aku annoyed dengan Ain...probably kekadang aku rasa macam,dia dapat apa je dia mintak.Compared to aku yang lepas setahun lahir terus dapat adik lelaki(Dinie).

Tapi sebenarnya tak. :)

Mak ayah tak pernah terlebih terkurang dalam agihkan kasih sayang antara kami adik beradik.If mak balik kerja penat,dia tetap belikan goreng pisang,bagi kitorang makan.If mak and ayah cikgu kat sekolah menengah,ajar dua subjek berbeza...balik rumah,dorang ialah guru kepada kitorang.Terutamanya dalam bab mengingatkan kitorang bahawa urusan dunia tak sepenting urusan akhirat.

"Akak,tutup TV,maghrib.Solat jom."

"Asan,Usin,jangan lupa baca Al-Quran."

"Akak dah yassin?"

Berbalik kepada cerita Ain.Pernah sekali,masa baru habis matrik,setiap kali Sabtu,aku kena teman mak pergi mall sebab mak kena pergi buat rawatan kat New York Skin Center.And frequently,I didn't come alone.Apparently,mak wanted me to look after ain while she's doing an appointment with one of the staffs there.And yes,of course,sometimes it annoyed me.Ain would turn out aggresive when she didn't get what she wanted.

Sampailah satu hari ni,aku bawak dia tengok wayang pun dia meragam.So aku decided nak bawak dia pergi kedai buku Popular.Sebabnya,aku tahu Ain macam aku,ulat buku.Walaupun masa tu dia baru darjah satu,dia dah pandai membaca.

Entah macam mana,aku rasa perbuatan aku ni aku takkan maafkan sampai bila bila.Mula mula aku bawak dia ke bahagian buku untuk kanak kanak.1 minit....2 minit......*menguap*....5 minit....And poof!Aku hilang.Hahaha.Aku tinggalkan ain yang leka membaca komik Disney untuk pergi meninjau English novels.Lamalah jugak aku lepas situ,baru aku teringat pasal Ain.Ya Allah!

Cepat cepat aku lari ke bahagian buku kanak kanak.Ain tak ada!!Aku kaget lagikan cuak.Kiri kanan kepala aku teleng and pusing sebab nak cari Ain.Ya Allah.Mak mesti marah gila.Dahlah Popular tu besar,Allahu.Memang berpusing gak aku mencari.Kemudian,aku buat keputusan untuk cari dia kat semua outlets kat mall tu.Lelah aku mencari.

Ya Allah,selamatkan adik aku.Penat,aku berjalan perlahan ke kedai Popular semula.Mata kuyu ni akhirnya spotted Ain tengah menangis kat bahagian alat tulis,perlahan dia menangis,macam cari someone.Allahuakhbar,Dia je tahu berapa kali aku panjat syukur.Terus aku lari ke Ain,peluk dia.

"Ain,akak mintak maaf,Akak tak buat lagi,akak janji."

Sungguh,aku menyesal.Takkan aku buat lagi.Dulu aku yang nak sangat adik perempuan,tapi bila dah dapat,boleh pulak aku buat camtu.*Tampar diri sendiri*Hahaha.Tapi senang je nak bagi Ain berhenti menangis.Bagi gula gula,masukkan duit ke mesin urut and suruh dia rehat berangan kat situ.

Akak sayang ain.Akak rindu ain.4 bulan kat Borneo,akak tak sabar nak balik cium Ain.Benar,you'll never miss the water till the well runs dry.Akak dengar cerita dari mak,Ain dapat nombor 1 dari 4 kelas of hundreds students.Tahniah sayang.Ingat,Hadza min fadhli Rabb.Belajar pandai pandai sampai jadi engineer ya?Eventhough mak nak Ain jadi doktor.Hahaha.

That is all for today.Wassalam.



Thursday, 17 December 2015

Final,Cuti Dan Family!

Assalamualaikum,alhamdulillah masih bernafas pagi ini,jantung masih mampu mengepam darah ke seluruh tubuh.Syukur ke hadrat Ilahi.

Post harini tak panjang mana pun,seemingly.Just nak inform bahawasanya 4 bulan Afiqah di Borneo bakal berakhir tak lama lagi.Tiket flight pun dah beli and dalam minda cuma nampak muka mak dan ayah,tak payah kata betapa rindunya aku kat dorang,ya Rabbi.

And ni pun baru selesai revise applied statistics and T-tests exercises.Final ada lagi dua minggu.Allahumma yassir wala tuassir.Aku dah cuba,yang lain giliran Dia.Alhamdulillah setakat ni,tak pernah Dia tak tolong.Walaupun cuma satu soalan,semuanya datang dari Dia.

Hujan lebat tak lebat kat luar.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Pagi sunyi dan tenang.

Allahuakhbar
Allahuakhbar
Allahuakhbar

Langit mendung,udara sejuk bukit di Bintulu.

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah

Okaylah.Nak habiskan saki baki sem1 degree ni dulu ya.Nanti cuti sebulan,tiap tiap hari kite update.

Tuesday, 15 December 2015

Assalamualaikum guys!!Ahaks.Harini just nak share gambar sepanjang lab test berlansung.Supposedly rasa takut tapi kitorang sempat lagi selpie wepie.Hahaha.




Saturday, 5 December 2015

Kisah Cinta Si Musang Pendek.(Part 1)

ROTFL.Okay,jujur cakap,this is the funniest tajuk I've ever written.Kekekkeke. *Guling guling atas katil* Anyway,tetiba rasa nak menulis setelah sekian lama tak tulis.Bukak bukak dashboard,benda ni je hok terlintas kat kepala.Dengan bilik sunyi,si Pyza dok buat taik mata lagi kat katil sana,Katil Aten krik krik sebab pukul 5 pagi tadi dia dah bergerak ke Sabah untuk Jesselton Debate Open,ditambah dengan cuaca hujan kat luar,memang sesuai lah kalau aku nak tulis tajuk ni.And eversince blog ni pun tak se-open blog lama aku,takpelah kut kalau aku nak story sekalipun.Hee.



Okay,kisah dia macam ni.Eversince aku ni takdelah cantik and just biasa biasa macam budak budak lain (except that I've Siamese blood in me),aku ni masa zaman sekolah tak pernah pun lah terlibat dengan hal cintan cintun ni.Cuma masa form 3,aku adelah berkawan dengan orang tu orang ni,cinta monyet kan?So semuanya tak menjadi.Hahahaha.Aku start kapel lepas SPM,tapi bila aku masuk matrik,mamat tu tinggalkan aku dengan awek kolej dia TT.Aku malas nak cerita perihal kapel ni sebab aku tak berapa suka pun kapel mapel tapel waffle trang tang tang and eventho aku sendiri pernah kapel,and pendek cerita,sekali lepas SPM,dua kali masa kat matrik.Yang lain semua tak serius so aku consider berkawan je.


And sampai sekaranglah aku single.Sebab aku rasa kapel tu sendiri adalah satu benda yang merepek.And masa tu aku berpegang teguh kepada falsafah 'Boys're stupid,throw rocks at them.'Maybe sebab depan mata aku sendiri,aku nampak lelaki tu jahat...sampai aku jadi takut nak kahwin.And somehow,ade pulak sorang kawan laki aku ni boleh detect,"Kau ni mesti ada sejarah dengan laki kan?Sebab tu kau behave macam ni."Huh???Okay,technically dia hebat,sebab boleh tau,but rahsia family aku cuma Allah and beberapa kawan yang aku betul betul percaya je pegang.

And sejak tu hingga sekarang,lelaki yang aku manja,rely on,and nakal with are 3 orang adik lelaki aku yang masing masing pada tahun 2015 ni berusia 18 tahun(Dinie),dan si kembar yang baru habis pt3(Asan dan Usin).Aku sayang dorang ni lebih dari aku sayang ayah aku sendiri.Hahaha.

So anyway,moh le kita terus ke topik utama kita.Aku nak tekankan lebih kepada 'crush' sebenarnya.HikHik.


Crush Zaman Sekolah Menengah

Yang ni aku panggil dia Capital S.Hahaha.And yang lawaknya,sampai sekarang,takde sorang pun member zaman sekolah aku yang tau aku minat kat dia kecuali Allah,Dinie and sorang kawan baik aku nama Ili.Sekarang Ili dah kat korea,kalau korang nak tau kisah dia,boleh pergi ke http://ili-96.blogspot.my/.So anyway,aku start suke dia masa form 2.Kitorang sekelasHahaha.Tapi masa tu aku tak boleh nak reveal perasaan aku ni sebab dia pun ade minat kat sorang lagi classmate aku ni.Aku panggil dia snowwhite sebab dia putih and cantik macam snowwhite.

Kenapa aku minat capital S?Dia hensem?Tak...lansung tak.Jujur cakap,aku ni bukan spesies perempuan merenyan yang minat kat set set sado and ada rupa je.Aku bukan macam tu.Masa tu aku dapat tau dia minat Snowwhite dari darjah dua,walaupun snowwhite tak balas cinta dia,dia masih suka Snowwhite.Aku jadi kagum.Bapak setia mamat ni.Tapi dari kagum,lama lama jadi suka.Entah kenapa.Ditambah pulak dia suka budak budak.

So kitorang pun berkawan jelah macam biasa.Kadang kadang perit jugaklah sebab bertepuk sebelah tangan.LoL.And lagi perit sebab aku rapat jugak dengan snowwhite.Dia rajin bercerita tentang this and that.

Nak dijadikan cerita,masa form 4,right after dapat result,si Snowwhite ni dapat tau yang dia dapat tawaran ke Seseri kat KL.Maka dia akan berpindah sekolah lah.Sejak Snowwhite and 20 classmates aku yang lain pindah ke SBP and MRSM,yang tinggal kat kelas cuma 26 orang termasuklah aku dengan capital S.Dan sejak tu dia banyak tegur aku,maybe sebab skop jumlah kelas tu sendiri makin sikit,jadi masing masing rapat antara satu sama lain.Boleh dikatakan masa tu aku bahagialah jugak.Bhahaha.

Masa tu,budak kelas Bestari ni nama dia Zaty(Nama kelas aku Karisma,kelas no 1,Bestari kelas no 2),minat kat budak kelas aku,si Najmi.Lepas sebulan lebih,dia dapat tau Najmi nak pindah Sekolah sains BP as second intake student.And petang tu aku,Zaty and Ili lepak sesama kat library.Zaty start cerita pasal najmi and tunjuk kat kitorang dm depa dua kat Twitter.
"Aku dah confess,"Kata Zaty.Aku dengan Ili rahang jatuh bawah.Seriously??
"Kau betul betul Ty?'Aku kerut kening.
"Betul,serious tak tipu."Zati sengih."Aku bagitau dia petang semalam.Nak tau tak dia punya respon apa and apa dia cakap?"
"Of course nak!"
"Dia terkejut."Zaty pandang bawah,tenung kasut sekolah Converse dia.Tersipu sipu malu sebelum dia mengangkat semula muka memandang kitorang.
"Dia kata selama ni pun dia suka aku."

Balik rumah,aku terasa kagum dengan Zaty.Aku macam,wow!Beraninya dia.Maybe aku patut buat benda sama...tapi bila?Hmm..

Hari isnin tu,aku duduk mencari Capital S,tapi aku lansung tak nampak dia sepanjang perhimpunan.Yelah,capital S kan pengawas.Tapi hari tu aku lansung tak nampak dia macam selalu.Mana pergi dia?Persoalan aku akhirnya terjawab masa kelas biologi.Cikgu Salasiah mengajar macam biasa.Tiba tiba...

"Mana ***** ?"
"Dah pindah cikgu."
"Ohh ye,saya lupa.MRSM kan?"
"Ye cikgu,second intake."

Bapak ah.Masa tu Allah je tahu betapa terkejut natang beruknya aku.Sampai menggigil kaki.hahahaha.Macam lawak kan?Tapi ni betul okay.Sampai lah au balik rumah,aku masuk bilik,kunci pintu and nangis.Hmm...Sedih,tak sempat nak confess,dia dah blah dulu.Hahaha.Memang nasib aku kot.Sebab tu aku kata,perit cinta bertepuk sebelah tangan.Hahaha.

So takat tu je aku nak cerita pasal crush aku zaman sekolah.Akan bersambung di post akan datang.






Monday, 9 November 2015

Brunei Darussalam

Assalamualaikum and selamat sejahtera wahai pengunjung belog Pika.Okay,maka harini aku nak rasmikan cuti midsem aku buat kesekalian kalinya.Hikhik.

Walaubagaimanapun,cuti kalini agak hambarlah jugak.Hahahaha.Kenapa hambar?Okay.Meh cerita sikit.

Supposedly aku kena balik start je cuti Jumaat tu.So malam tu jugak aku survey tiket(Khamis).Semuanya gara gara nak  balik rumah,homesick terlebih,ngade overboard.*Outburst*

Dan malam tu tak berhenti jugaklah call mak pastu ayah.Mak memang dah paksa balik.Hahaha.Sebab kalau aku balik Isnin,mak tak ada kat rumah.Mak balik rumah Tok kat Kedah.And kalau aku balik Batu Pahat hari isnin jugak,ayah berada di Kota Tinggi.Sedih bakhang! *Sambil denngar lagu Hello by Adele* Rindu Misu kat rumah. TT


So anyway...disebabkan tak jadi and takde kesempatan aku nak balik,aku pun follow roommate aku si Aten ni pergi Brunei dengan salah sorang classmate kitorang,Abe Nik.





Sebelum ke Brunei tu kitorang gi tidur rumah satu lagi classmate,Albert Ting.Puas ngajak,tapi si Albert ni gak mau ngikut.Hahha.Sebab dia lagi pentingkan download movie kut.Albert Albert.Rumah Albert kat Miri.Sepanjang kat Bandaraya Miri,Albert ada jugak bawak kitorang ke tempat tempat menarik kat Miri.Antaranya Jambatan gantung,Bukit Kanada dan Pantai Tak Ingat Nama.Bhahaha.

Masa kat Bukit Kanada tulah lawak.Atas puncak bukit ada tempat makan.Lebih kurang macam kafe lah gitu and memang banyak pasangan bukan Muslim tengah berendek.Masa nak balik,on the way ke kereta tu,ternampak satu kereta ni berkabus.Tak buka aircond.Tak kisah pun tentang tu..tapi peliklah jugak sebab tiba tiba kereta bergoyang.

Lepas tu ada nampak satu bayang jasad bangun dari baring.Nampak macam lelaki.Masa tu si Nik dengan Aten dah ketawa ketawa.

"Ehem...lain macam je,"Kata si Nik,berseloroh.Aku pun ketawalah jugak.

Tiba tiba satu lagi jasad berambut panjang bangun sambil betul betulkan baju,Pfftt.Okay.Masa tu kitorang berempat memang dah ketawa pecah.

"Freeshow weh!"Hahahaha.

So tu jelah untuk kalini.If ada masa,aku story lagi. ^^


Friday, 16 October 2015

Rindu

Rindu.Apa itu rindu???Rindu itu suatu rasa yang hadir apabila kita teringatkan sesuatu atau seseorang.


Sebab sekarang ni aku overwhelmed by perasaan rindu.Rindu rumah,rindu family,rindu kawan kawan kat semenanjung,rindu Misu(kucing aku),rindu everything!

And paling penting,rindu Kolej Matrikulasi Selangor A.K.A SeMac A.K.A KMS.Sangatlah rindu,sampai satu tahap aku dengar the songs that I played the most during my matriculation programme,they bring back thousands of memories I'll never be forgetting.Damn.

Sepanjang kat matrik ni,kita ada dua sem je.And program ni tak sampai setahun pun.Kira fast track lah.Tengok,umur 19 aku dah sambung degree.Hahaha.Tapi belajar dia memang gila aku cakap kat kau,so takde istilah study last minute kat matrik.Dah lah subjek semua killer.Aku dulu modul 1.Kalau modul 1,kau kena ambil Physics,Chem,Biology,Maths.Kalau modul dua pulak kena ambil Physics,Chem,Maths,Science computer,manakala modul 3 ambil Biology,Chem,Maths dan Science Computer.




Ni pemandangan dari bilik aku.Aku duduk blok Mira.Semua sekali,blok perempuan ada tiga dan berbentuk U.Satu aras ada 40 bilik.Aku duduk bilik hujung which is T2.40.Antara blok perempuan ialah Mira,Vega dan Polaris.Kalau budak laki laki ada dua blok je which are Capella dan Canopus.Selalunya budak budak hot duduk Capella.Hahahaha.Kafe pun ada tiga.Dua cafe ialah cafe perempuan,Cafe Carina dan Cafe Lyra.Cafe Orion ialah kafe lelaki.

Ada satu koperasi yang mana nama dia Aquila.Koperasi ni sangat besarlah jugak,malah lagi besar dari kiosk UPM Bintulu,tempat aku belajar sekarang.Dalam koperasi ada memuatkan dua buah kedai,tempat barang runcit dan alat tulis.Kat bahagian belakang pulak ada pejabat HEP.





Ni pulak bilik.Mostly kat dalam gambar tu aku tunjuk tu adalah part katil and tempat aku belajar.Well,basically bilik kat matrik ni muat untuk empat orang.And jangan risau,bilik matrik sangatlah luas.Ada empat katil,empat locker besar,empat meja belajar,empat rak buku,empat notis board,empat lampu,dua kipas dan cukup selesa untuk empat oranglah as a deduction.

And then aku kenal kawan kawan kelas aku yang sporting gila babeng and macam macam perangailah.And roommate aku pun...Ya Allah aku rindu dorang like hell.

Nama kelas aku ialah SM1K2T5.Hahaha.Semua sekali ada lah dalam 20 orang.20 orang ni ialah Ciken(UiTM Sg.Buloh:Bsc Hons Medical and surgery),Syadan(UMT Bsc Major Kimia),Tiqa(UMT Bsc Major Kimia),Dhalini(lost contact),Biha(Bsc ICT,UMS),Alya(UNIMAS,Bsc ICT),Priya(Bsc Hons Chemical engine,UPM),Prema(Medical,MSU),Nasya(UTM,Bsc Bioindustry),Adila(Medical MSU),Syaheer(UniKL),Ikmal(UNIMAS),Aiman(lost contact),Azroy(UPSI,Phsycology),Yap(UM,law),John(UNIMAS),Sim(UM,Bsc Hons Physics),Teha(UPM,Bsc Hons Biology major),Syarain(Kmpp).

Roommate aku pulak Syuu(KMS PDT sem 3) dan Aida(UiTM,Actuarial SC Bsc Hons).Roommate paling gila gila,paling sweet,paling meahami,paling paling paling lah.Hahahaha.Aku rindu korang sesangat.Tapi masa tu aku memang ramai jugak kawan dari kuliah lain.Best duduk kat matrik ni,kau memang ramai kawan.





That is all for today.We'll continue with my next chapter of life later on.

Sunday, 11 October 2015

First Microbiology lab in UPM.

Assalamualaikum.Harini aku just nak share beberapa gambar masa first lab kat sini eversince lab aku start lambat compared to kawan kawan aku kat Uni lain.Hahahaha.




Misteri bau asap.

Assalamualaikum,selamat pagi to my dearest readers.Nak tau tak?Semalam ada kejadian aneh berlaku kat bilik aku.Apakah itu?Okay macam ni.....Jeng Jeng Jeng!

                                   


Malam tu roommate aku,Aten(aku ada dua roommate,Aten dan Pyza),duk giat bercerita mengenai hantu,pasal orang yang hijab dia boleh dibuka and all.And masa tu aku terfikir,'Takpe ke Aten ni,kang kena kacau memalam payah.'

So then,dia terus cerita and malam semakin larut.Malam tu Pyza keluar gi McD where aku dah ordered spicy Mc Deluxe set from her,gara gara lapar punya pasal.That night,she went back to Yu Pi Yem early.So lepas je makan,maybe sebab sebelum tu perut aku memang dah kosong dan berisi dengan macam macam gas adi,hahaha,lepas je aku isi perut,segala yang aku isi tu aku muntahkan balik kat tandas.Risau dengan keadaan aku,Kak Ifah,Pyza and Wawa tolong aku gi bilik,bagi ubat and suruh aku tidur.Aku agak terharu time ni.Hahaha.



Dah dorang suruh rehat and tidur,aku pun gi jelah masuk lena.And masa tu seronok jugaklah diulit mimpi,tetiba aku rasa ada orang goncang bahu aku.Aku bukak perlahan mata aku.Mamai.

"Kenapa ni?"
Aku bingung.Kak Ifah dengan Aten ada kat depan aku.
"Pika bangun,kau tak bau ke?"Kak Ifah soal aku.Haa?Aku pelik.
"Bau apa Fah?"
"Asap,kitorang dah penat cari punca asap tu tapi tak jumpa.Kuat pulak tu.Jomlah tidur bilik kitorang,karang terbakar ke apa susah."

Aku ikut je.Masuk bilik kak Ifah,bacaan surah dimainkan kuat.Suasana pun scary.Tapi aku malas nak tanya banyak.Sebab mata aku masih mengantuk and pedih perut aku masih terasa.Aku terus masuk tidur.

Pagi ni aku bangun dan masuk bilik aku,bau asap tu masih tak hilang.Hmm pelik.Eii aku tak suka bau dia yang menyengat.Nyah kau dari sini!Hahahaha.Okaylah sampai tu je kot cerita aku harini.Pukul 11 ni aku ada kelas.Jumpa lagi lain hari.

Saturday, 10 October 2015

Pelik itu unik.

Hai.I'm going to share with you guys about my interests which my friends dubbed as freaking bizarre and peculiar.So anyway,bagi aku,being pelik is awesome.Kenapa?Sebab...sebab...dan sebab....Being weird distinguishes you with others.You are being you.And that what makes you unique in your own way.


Mari mulakan dari segi pembacaan.Tak macam typical malay girls,aku tak enjoy mushy mushy longhand love stories.Novelists yang aku tegar baca novel dia are John Green,Nicholas Spark,Jodi Picoult dan Hlovate.Sebab zaman sekarang jalan cerita kebanyakan novel lebih kurang sama je,cliche,corny and extremely boring.Kahwin paksa,anak anak businessman,semua yang boleh dijangka.Ohh c'mon Malay people.Please do some innovations in movie making.

Dari segi music,aku banyak dengar lagu English.Takyah sebut penyanyi kegemaran,dari yang famous ke yang korang memang tak pernah dengar lansung.In fact,aku pun layan jugak kpop,jpop,some indo songs and malay songs(yang merapu aku tak layan).Apa yang aku tau aku sangat gila eletro and indie songs.Favourite DJ aku Martin Garrix of course,lagipun kami sebaya.Hahahaha.Indie band memang banyaklah.Malah band lama macam Switchfoot pun aku layan.

Kalau bab hobi,hmm....aku kuat membaca,kuat travel as in bercuti.Aku palin suka doodling and drawin as they are in my blood and veins.Ayah aku graduate in art.So bab melukis ni,In Shaa Allah,aku tak ada masalah.(Bukan nak riak),and aku layan jugak anime.So nak kategorikan aku as otaku still acceptable lah.kehkeh.

Okay,actually banyak lagi aku nak story tapi aku coret sampai sini dululah noh.Nak gi mandi.Popeye.

Pemilik Baru.

Hai guys and my dear latest blog.I'm your new owner seemingly.Before this,this blog was abandoned by my two mischievous twin brothers.Now let me take over the blog.After all,sekarang Afiqah dah kurang busy sikit compared to masa aku menghabiskan satu tahun kat matrik.Sebab baru je dapat title 'freshie' kat universiti,yedak?

So aku nak brief sikitlah pasal this and that.Pada satu zaman dahulu kala,aku ada blog sendiri.And masa tu aku start blogging waktu angka usia aku satu empat.Start PMR,aku macam slowed down on posting my stories a lil bit,my blog was announced as the nicest and cutest blog in school back then tho.

Yet it was sort of worthwhile lah sebab masa tu(Alhamdulillah),aku telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam PMR.So then,form four aku pun berhuha huha,padahal aliran sains tulen ni sangatlah susah.Hahahaha.So zaman SPM tu aku struggle melampaulah kan?Nak cover balik topik topik form four dulu.(Adik adik jangan buat macam akak tau.)And yeah,SPM days created barriers and gaps for me to write my posts and again,my blog was isolated from my life activities and to-do-lists.

Masa matrik,lagilah,blog aku macam dah tak wujud dah.Sedih tak sedih kan.So now,tetiba ada hati nak tulis blog balik.In Shaa Allah,kalau aku rajin,setiap kali free dari assignment,aku akan menulis.Korang nantikan dari aku ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...